BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

i will Follow u.....if u Follow me.....

Monday 8 November 2010

~~SuRaT ChEnTa DaRi RoCkErs~~

Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!

Yang Benar, Rockersejati

ROCK....... YEA... YEA...

Sunday 7 November 2010

~~MeoW......mE0W...MeEee0000ooWwWwWw....


Meow...meow..meow.....kuching, Sarawak...Trips on 5/11/2010-7/11/2010....mmg best..rasa nk g lg sarawak...mmg menyer0n0kkn & hebat....masyarakat d sana juga peramah & baik hati....

















Bye2 sarawak...nanti kamek dtg lg....he2

Monday 1 November 2010

OH..OH..Si jantung Hati....OH..OH..Si jantung Hati..

~*Jantung*~
Saya akan cerita serba sedikit tentang jantung. Banyak pelajaran berguna yang saya pelajari daripada jantung ini. Jantung ini berakhlak mahmudah (akhlak yang terpuji). Jantung amanah. Dia tidak pernah mencuri. Jantung ini ada satu otot, namanya endocardium. Endocardium ini tidak akan mengambil darah yang beroksigen buat dirinya. 100% darah yang diterima, 100% darah yang berkualiti juga akan dipam semula. Tidak pernah sesekali dia menggunakannya buat keperluan dirinya.


Sekiranya coronary artey tersumbat, jantung tetap tidak akan mencuri. Apa yang akan terjadi? Kematian. Dan jantung menujukkan satu lagi sikap, lebih baik mati dalam kemulian daripada mati dalam kehinaan.


Jantung juga tidak mementingkan diri. Dia tahu organ-organ lain di dalam badan memerlukan bantuannya. Dia bekerja dalam jemaah, ada "team work". Jantung mengepam 5 L darah dalam masa satu minit. Jumlahnya hampir-hampir satu baldi air. Dia bekerja tanpa rehat. Sekiranya manusia tidur, otaknya akan berehat. Tapi jantungnya akan terus menjalankan
tanggungjawabnya kepada Allah.


Jantung menerima arahan dari SA node.. Bahasa mudahnya, SA node ini seperti seorang ketua dan jantung akan mematuhi arahan ketuanya. Dia tidak akan datang lambat. Dia tahu betapa penting dirinya. Dia perlu selalu berinteraksi, menjaga batas perhubungannya. Sekiranya dia berhenti berinteraksi, akan berlaku "sudden cardiac death". Jantung akan tiba-tiba mati.


Satulagi perkara mengenai jantung - dia tidak akan berhenti bergerak. Apa yang akan terjadi kalau jantung berhenti bergerak? Darah akan bergumpal dan seterusnya menyebabkan strok dan serangan sakit jantung. Jantung mengajar kita agar sentiasa belajar - menjadi continuous learning person. Jangan berhenti. Exam bukannya terminal (penamat) segalanya-galanya. Sebagai seorang muslim, perlu belajar sehingga ke liang lahad.


Jantung ini patuh pada siapa?? Jantung ini patuh pada penciptanya, Allah. Kalau dia patuh pada
saya dan awak, dah lama jantung mati. Contohnya, awak beri arahan, sekarang berdegup cam gini...cam gini...Lepas tu, awak beri lagi arahan...berdegup cam gini...cam gini...Awak akan jadi gila, dan jantung juga akan mati kerana mematuhi peraturan yang tidak masuk akal.


Kadang kita tidak sedar betapa hebatnya kasih sayangAllah buat hambaNya. Derhaka macam mana pun, jatung tetap berfungsi dengan baik. Semua itu nikmat. Nasihat saya buat awak dan saya, bertaubatlah sebelum jantung itu berhenti berfungsi kerana mematuhi perintah RabbNya.


HARGAILAH JANTUNG ANDA.....


BERHENTILAH MEROKOK...

DON'T BREAK MY HEART...

I'M DOING THE SAME...


WASSALAM...